Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Mei 2007

LINA JOY LAGI !!!!!

Masalah murtad tak akan pernah selesai kerana sistem kufur (kapitalisme) yg diterapkan ke atas umat skrag sentiasa akan memberi ruang utk org murtad.

selagi umat tidak mahu bergerak atau tidak serius berjuang mengubah sistem kufur ini selagi itulah masalah-masalah yg melanda umat Islam hari ini termasuklah murtad takkan selesai, malah kian parah lagi dari semasa ke semasa.


Hanya dgn penerapan Islam 100% akan menjamin keharmonian dan kesejahteraan umat manusia keseluruhannya. Namun percayalah, penerapan Islam 100% pasti sekali-kali tidak mungkin berlaku kecuali dengan mengembalikan pemerintahan Daulah Khilafah ke atas muka bumi ini. Hanya Khilafahlah yang akan menerapkan Islam 100%, dan menghukum manusia murtad dgn hukum Allah SWT yg pastinya bersifat zawajir (pencegah), bukan hukum manusia yg sudah terbukti menambahkan lagi masalah-masalah.

Anda sudah melihat dgn terang, nyata lagi bersuluh yang bahawa sistem beraja, demokrasi, republik dan mana-mana bentuk pemerintahan yg ada skrg gagal menerapkan Islam 100%. gagal sama sekali.. mmg dah pasti, mana mungkin Islam dapat dilaksanakan scr sempurna dlm sistem pemerintahan yg tidak Islami..

Ayuh wahai umat sekalian, bergeraklah kalian..!! Sambutlah seruan ini.. seruan yang memberi anda kehidupan..!! Marilah bersama berjuang menegakkan Daulah Khilafah..

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

KES LINA JOY: ALHAMDULILLAH HAK ISLAM TERPELIHARA...!!

oleh : Ahmad Sayuti Bin Bashiron

Alhamdulillah......

Saya baru pulang dari sidang di Mahkamah Persekutuan, mengikuti sendiri dengan teliti penghujahan hampir 2 jam oleh Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lina Joy tersebut. Alhamdulillah, kekuatan diberikan untuk Ketua Hakim Negara yang terlibat menolak rayuan dari Lina Joy dgn 2:1 majoriti.

Mahkamah bukan sekadar menolak untuk "tidak boleh buang perkataan Islam di dalam IC tanpa surat murtad dari Mahkamah Syariah", malah lebih dari itu saya melihat betapa besarnya kesan "verdict" tersebut untuk mempengaruhi kes-kes lain yang sedang beratur menunggu untuk dihakimi. Perlu ingat banyak kes yang ditangguhkan demi memberi keutamaa kepada kes Lina Joy ini.

Syabas, tahniah dan saya bersyukur, dan "hanya Allah lah sahaja Pembela ke atas agamaNya ini".

Suatu yang amat pasti untuk saya nyatakan, keputusan yang dibuat pada hari ini bukan sekadar menang secara istilah, tetapi ia sebenarnya lebih kepada menuntut hak kita (rights) Islam & Ummat Islam sebagai satu-satunya agama yang berpelembagaan di dalam menguruskan hal ehwal ummatnya. Kita cuma pastikan tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu "rights" yang ada pada kita di dalam meguruskan agama Islam, tanpa kita pula mengganggu kebebasan mereka beragama.

Suatu menarik, kali pertama dalam sejarah perundangan negara Article 11 Perlembangaan Persekutuan mengintepretasikan dengan luas (walau belum lengkap...) kedudukan & perkataan Islam di dalam perundangan serta ruang lingkup yang ada pada Mahkamah Syariah, serta perlunya "kebebasan yang tertakluk kepada perlembagaan & undang-undang" . Hakim dengan jelas mengatakan tidak ada istilah "kebebasan muthlaq" di dalam article tersebut.

Pertama kali saya melihat kekuatan yang ada pada mereka yang menjalankan amanah kehakiman untuk memberikan penghakiman dengan suatu penjelasan yang terperinci tentang Islam di dalam perlembagaan dan undang-undang, dan Alhamdulillah ianya akan menjadi suatu asas yang kuat dalam kes-kes lain yang berkaitan.

Minggu sudah, 24-Mei-2007, Ketua Hakim yang sama di hadapan Sultan Mizan di dalam majlis penganugerahan khas Doktor Kehormat kepada beliau oleh UiTM yang saya turut hadiri, beliau menggariskan betapa pentingnya ada "garis yang amat jelas" di antara pemegang kuasa eksekutif negara dan juga pemegang sistem kehakiman. Ya, memang itu kita perjuangkan selama ini, moga ianya benar-benar dapat dilaksanakan di tanah air kita.

Ayuh, article Islam di dalam perundangan telah jelas, tanya iman sama ada kita benar-benar mahu "practice"kan Islam atau tidak. Atau kita hanya berkokok bersemangat apabila adanya kes-kes high profile seperti ini diutarakan, barulah kita menggelabah! Kita sebenarnya amat lupa hakikat betapa parahnya kemurtadan yang amat berleluasa di dalam masyarakat Islam. Ini hanyalah satu kes kecil! Apa peranan kita?

Kita juga langsung tak sedar bahawa seorang insan bernama Azlina Jailani (Lina Joy) yang di marahkan oleh masyarakat ramai dan beberapa pemerintah negara tersebut sebenarnya juga adalah seorang "ahli berdaftar" sebuah parti politik nasional yang memerintah negara ini! Sudahkah mereka tidak mampu untuk menjaga 'aqidah ahli keluarga sendiri? Duduk dan tanya iman kita!

Moga kekuatan serta ketegasan yang ada pada Ketua Hakim Tun Fairuz tadi menjadi suatu amaran untuk tidak mana-mana pihak cuba bermain dengan Islam serta Ummat Islam dalam apa jua kaedah sekalipun.

Kita yakin & pasti musuh Islam tidak akan berhenti menyerang dalam apa jua keadaan sekalipun, mereka akan melakukan apa jua perancangan- perancangan lain untuk menhancurkan Islam atas apa jua nama sekalipun. Namun yang pasti, Islam tidak akan kalah walau seincipun melainkan hanyalah jika Ummat Islam itu sendiri sudah tidak yakin untuk berpegang pada Islam sebagai cara hidup....!

Wallahu'alam.
assayuti / 30-May-2007


Federal Court Dismisses Lina Joy's Appeal To Drop Islam In IC

PUTRAJAYA, May 30 (Bernama) - Azlina Jailani, the woman who converted to Christianity, today failed in her appeal to get the Federal Court to compel the National Registration Department (NRD) to drop the word "Islam" from her identity card.

In a 2-1 majority decision, the court ruled that Azlina, 42, who changed her name to Lina Joy, should obtain a Syariah Court order confirming her apostasy before the department could delete the word.

Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim said the NRD had the right to require Lina Joy to produce an order from the Syariah Court to confirm that she had renounced the Islamic religion if she wanted to delete the word "Islam" in her identity card.

Justice Ahmad Fairuz and Federal Court Judge Datuk Alauddin Mohd Sheriff rejected the appeal while the Chief Judge of Sabah and Sarawak Datuk Richard Malanjum gave a dissenting judgment.

Lina had appealed to the Federal Court after the Court ot Appeal in a 2-1 majority decision on Sept 19, 2005, prevented her from deleting the word "Islam" from her identity card on the grounds that her renounciation of Islam had not been validated by the Syariah Court or any other lawful Islamic authorities.

She made the appeal to the Appeals Court after the High Court in April 2001 ruled that as a Muslim she could not renounce Islam and that the matter of renounciation must be decided by the Syariah Court.

Lina named the Federal Territory Islamic Affairs Council, the government of Malaysia and NRD director-general Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad as the respondents in her appeal.

On Feb 2, 1997, she applied to the NRD to change her name to Lina Joy on the grounds that she had converted to Christianity but it was rejected on Aug 11, 1997.

Her second application to the NRD to change her name in Nov 1999, however, was approved but the new identity card issued listed her as a Muslim.

LINA JOY KALAH !!!

Newsflash Lina Joy’s long wait for her conversion to be recognised by law is over - the Federal Court ruled today that she remains a Muslim and her religious status will not be removed from her identity card.

Delivering the judgment to a packed gallery this morning in Putrajaya, Chief Justice Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim ruled that jurisdiction remains with the Syariah court.

A large section of the 300-strong crowd waiting outside recited the tahlil or read the Quran while waiting for the decision.

When the news reached them, they shouted Allahuakbar - their reaction resounded through the Palace of Justice .

LINA JOY...WAKTU KAMU PASTI AKAN TIBA..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .
Salam serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda juga para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini..

Alhamdulillah. . Dengan izin Allah swt dan usaha kalian yang bersama-sama menjalankan solat hajat, Allah mengizinkan kemenangan yang berpihak ke atas kita umat di Malaysia..

Pun begitu, kita perlu terus bersatu dengan berjemaah dalam menangani pelbagai lagi usaha mereka yang ingin meruntuhkan kuasa institusi Islam di Malaysia.

Jangan leka kerana mereka tidak akan berasa aman dan lena dengan kemenangan ini.

Setiap langkah perlu diamati dengan berhati-hati dan teliti agar tidak mendatangkan mudarat kemudian hari. Kes-kes seperti isu penukaran agama juga perlulah pihak berkuasa (terutamanya institusi jabatan agama) tangani dengan lebih serius. Jabatan agama memainkan peranan dalam menasihatkan kerajaan dalam pentadbiran negara ke arah pemerintahan undang-undang Islam yang lebih teliti.


Mudah-mudahan jabatan agama dan mufti-mufti bukan sahaja dapat menasihati kerajaan dalam isu ini, malah menasihati kerajaan agar pencalar imej Islam di Malaysia sebuah negara Islam seperti kilang arak dan penjualannya, kilang rokok dan penjualannya, organisasi perjudian dan premis judi (YANG SAHIH HARAM DI SISI ISLAM), premis hiburan seperti kelab malam dan seumpamanya, program realiti yang merosakkan akhlak dan beberapa aktiviti yang lain di HARAMkan terus dari bumi Malaysia yang tidak lain cuma mendatangkan mudarat kepada rakyatnya..

Jika isu yang lebih dalam seperti bin/binti boleh diperhalusi mengapa isu yang jelas seperti yang disebut di atas tidak diberi kuasa kepada pihak jabatan agama untuk tegas ditangani..? Sedangkan ia jelas di mata, terang di hati statusnya dalam undang-undang Allah..

Adakah demi menjaga kepentingan agama lain maka ia di benarkan bertapak di negara ini..?

Agama mana pula yang mengatakan bahawa ARAK, JUDI, ROKOK adalah bagus untuk penganutnya. .?

Di manakah status Islam negara Malaysia..?

Pada jumlah penduduknya. .?

Pada undang-undangnya. .?

Pada pemerintahnya. .?

Lina Joy.. Waktu kamu pasti akan tiba..


Semoga dapat kita fikirkan demi kebaikan bersama pada masa hadapan.. Kalian yang ingin mengupas lebih lanjut mengenai isu ini dialu-alukan. .

Syukran jazilan.. Jazakallahu khairan kathira..

Wassalam..






Selasa, 29 Mei 2007

DARI MEJA ICT DPPKJASIN

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pengunjung jasindaily, saya memohon jutaan kemaafan kerana blog ini gagal dikemaskini hampir 2 minggu. Ini berikutan kesibukan saya dengan kerja-kerja saya. Insya-Allah blog ini akan kembali diupdate seperti biasa.


Sebagai permulaan, saya bawakan kisah berkenaan isu Lina Joy dimana keputusannya akan diketahui esok dengan tarikh keramat 30 Mei 2007. Moga kemenangan akan menjadi milik Islam dan dengan kemenangan ini membuktikan yang Agama Islam bukanlah agama yang boleh ditindas dan disakiti dengan begitu sahaja oleh si kafir. Kemungkinan juga kes ini akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Kes ini juga telah dijadikan cerminan kepada imej Islam dan umat Islam di Malaysia. Mari kita bersama bersatu dengan berdoa dan melakukan solat Hajat agar impian kafir laknatullah ini berjaya digagalkan. Salam perjuangan dari kami.

ICT Dppk Jasin

KES AZLINA JAILANI - KENYATAAN MEDIA PEMBELA

SIARAN MEDIA
29 Mei 2007 / 13 Jamadil Awal 1428H


Umum mengetahui bahawa kes Azlina Jailani akan diputuskan oleh Mahkamah pada hari Rabu 30 Mei 2007. Kes ini sangat menarik perhatian dan tumpuan pelbagai pihak dan umat Islam khasnya kerana ia berkemungkinan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Kes ini juga telah dijadikan cerminan kepada imej Islam dan umat Islam di Malaysia.

Dengan latarbelakang tersebut, kami, pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung dalam PEMBELA menyeru kepada umat Islam yang prihatin agar memberi tumpuan kepada perkembangan ini dan terus berikhtiar dengan melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau seluruh negara pada malam ini selepas solat Isyak.

Satu majlis yang sama akan turut diadakan di masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur selepas solat Isyak.

Untuk makluman umum, pihak pimpinan PEMBELA akan turut hadir ke mahkamah pada hari tersebut bersama para peguam yang mewakili kami untuk mendengar keputusan mahkamah. Kepada orang ramai yang turut hadir mendengar keputusan penting ini, PEMBELA ingin berpesan agar semua yang hadir dapat memelihara suasana aman dan menjauhi apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat.

PEMBELA berharap semua pihak dapat mengawal diri dan suasana dalam mengadapi perkembangan ini demi memelihara nama baik umat Islam dan negara. PEMBELA ingin memberi jaminan kepada semua umat Islam yang prihatin yang PEMBELA akan terus berusaha untuk memelihara kedudukan Islam dan umatnya di Malaysia dengan izin Allah.

Dengan latarbelakang tersebut, PEMBELA menyenaraikan garis panduan berikut untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk. Sangat digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat dan dzikruLlah.
(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan keutamaan untuk masuk ke ruang dalam Mahkamah.
(c) Orang ramai berkumpul di luar perkarangan Mahkamah.
(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa ke semasa.
(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.
(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.
(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

PEMBELA mengajak semua individu yang prihatin agar menyalurkan insiatif dan usaha melalui saluran yang sepatutnya termasuk melalui PEMBELA yang digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia.

PEMBELA juga ingin menasihatkan agar masyarakat amnya menjauhi mana-mana tindakan atau mesej liar dan provokatif mungkin yang dicetuskan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan dengan pengumuman keputusan kes Azlina Jailani ini.Semoga Allah Subhanahu wata’aala sentiasa memelihara kedudukan Islam dan umatnya di Malaysia serta terus memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita.

Yang benar,

YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM / Pengerusi Mesyuarat PEMBELA

(Siaran Media ini dipersetujui secara bersama oleh NGO-NGO Islam dalam Mesyuarat PEMBELA pada 28/05/2007)

Jumaat, 18 Mei 2007

BA - JASIN BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM

OLEH : BUDI

PAS kawasan Jasin dan PKR bahagian Jasin telah sepakat membentuk satu sekreteriat bersama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang akan datang.Sehingga ini telah ada beberapa program bersama diaturkan dan akan diteruskan lagi sehingga pilihanraya umum nanti.

Yang terbaru satu ceramah bersama telah diadakan di Kesang Jaya membabitkan naib presiden PAS, Dr Hasan Bin Ali dan bendahari agung PKR, Tan Sri Khalid Bin Ibrahim.Bagi menyemarakan lagi suhu pilihanraya di Jasin, satu lagi ceramah akan diadakan di Merlimau yang akan disampaikan oleh Dr Hatta Ramli bersama sdr Azmin Bin Ali pada 20 Mei 2007.


Menurut Naib Yang Dipertua PAS kawasan Jasin Sdr Yuhaizad Bin Abdullah, "sekriteriat BA-Jasin yang ditubuhkan ini telah mencapai banyak persefahaman khususnya dalam pembahagian kerusi dan juga tugas-tugas pilihan raya".

Beliau yang juga ahli sekreteriat tersebut, mengharapkan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kemenangan PAS dikawasan Jasin.Seterusnya beliau memaklumkan bahawa satu majlis pelancaran gabungan BA-Jasin akan diadakan melibatkan pimpinan tertinggi kedua dua parti.


Tegasnya lagi, "semua penyokong parti diperingkat MTD dan UPU hendaklah berkerja dengan bersungguh-sungguh dan mengikut arahan pimpinan. Jika semuanya berjalan baik, Insya-Allah anak sulung yang diidamkan akan lahir di Jasin".

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU WALAU DI MANA KALIAN BERADA. TANPA IBU BAPA KITA TIDAK DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARI.TANPA GURU KITA TAK TAU APA ITU ILMU APA ITU MATEMATIK APA ITU HURUF APA ITU NOMBOR

GURU KEKAL GURU SAMPAI BILA-BILA TETAPI ANAK MURID JADI DOKTOR
JADI JURUTERA

SELAMAT MAJU JAYA GURU-GURU SEMUA.... WALAU SIAPA PUN SAYA HARI INI...JASAMU TETAP DI KENANG

sumber gambar dari pemuda bukit katil

Khamis, 17 Mei 2007

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT 'HILANG', PENDUDUK TUNTUT JANJI ADUN

OLEH : ZAILI MUHAMMAD

JASIN, 12 Mei (Hrkh) - Pada pilihan raya umum 2004, beliau datang dengan seribu janji manis. Tampil gah merasmikan rumah contoh yang kononnya untuk rakyat. Tapi kini, tapak perumahan tersebut masih kosong, seolah semua projek yang diuar-uarkan semasa pilihan raya lalu hilang ditelan bumi. Apa yang berlaku?

Rumah contoh yang gah semasa dirasmikan pada pilihan raya umum lalu.Itulah yang dipersoalkan oleh para penduduk di sekitar Dun Serkam yang meminta Adun Serkam yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jasin, Dato' Wira Ahmad Hamzah agar menunaikan janjinya ketika beliau merasmikan rumah contoh perumahan rakyat Taman Serkam Jaya Fasa 1 pada pilihan raya 2004 yang lalu.

Projek perumahan yang terletak bersebelahan Sekolah Rendah Serkam Darat itu masih tiada sebarang kerja dilakukan walaupun setelah hampir tiga tahun berlalu dan kini mula terbiar serta dipenuhi semak -samun selain dijadikan padang ragut oleh perternak lembu.

Seorang penduduk yang ditemui, Mat Nor Modeng, 38, menyatakan bahawa setelah dirasmikan rumah contoh itu ketika kempen pilihan raya lalu, tiada tindakan susulan dari pihak pemaju bahawa projek perumahan akan dibangunkan.

"Kami pun hairan kenapa setelah begitu lama, hanya rumah contoh saja yang dibina dan lagi papan tanda projek itu tidak menyatakan tarikh mula projek serta tarikh siap projek dijalankan," kata Mat Nor.

Harun Abu, 43, pula menyifatkan tindakan itu mungkin hanya sebagai gimik kempen pilihan raya oleh Umno yang ingin menunjukkan kepada pengundi bahawa Umno membawa banyak projek pembangunan kepada rakyat.

Papan tanda projek yang membuktikan segala janji manis BN."Sebenarnya apa yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya itu hanyalah helah bagi memancing undi dan akan diulang lagi pada pilihan raya yang akan tiba tidak lama lagi.
"Kami di Dun Serkam yakin akan menolak Umno pada pilihan raya kali ini kerana banyak janji dan permasalahan penduduk tidak diperdulikan oleh Yang Berhormat Ahmad Hamzah," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, dalam tinjauan Harakahdaily mendapati, papan tanda projek bersebelahan rumah contoh itu menyebut bahawa,"Cadangan membina dan menyiapkan perumahan kos rendah 99 unit dan rumah kos sederhana 125 unit di atas sebahagian lot 2909 dan 2266 mukim Serkam dan lot 738 mukim Tedong untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)" dan pemajunya ialah MRCB Utama Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.

Projek seluas 74 ekar itu adalah bertujuan membina rumah kediaman dan lot kedai adalah usahasama MAIM dengan MRCB Sdn Bhd & Delima Tegoh Sdn Bhd.

Namun, yang musykil setelah tiga tahun berlalu tiada sebarang kerja atau penanaman cerucuk besi pun dilakukan dan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat.

Selasa, 15 Mei 2007

KHAIRY SAMSENG KAMPUNG IJOK

OLEH : TG KUDIN

Ijok - Pelbagai kisah suka-duka telah terangkum dan terpahat didalam ingatan rakyat Malaysia setelah berakhirnya pilihanraya kecil Ijok yang menyaksikan pertarungan secara terbuka di kedua-dua belah pihak iaitu Barisan Nasional dan KeADILan.

Namun persoalannya apakah tahap perjalanan demokrasi di Malaysia sudah memasuki satu tahap baru atau juga berkemungkinan besar berundur kebelakang seperti di alam purba dahulukala yang menguna pakai undang-undang rimba di mana yang kuat menjadi raja berkuasa sementara rakyat lemah ditindas serta dinafikan haknya oleh pemerintah.

Ijok menyaksikan seluruh jentera kerajaan dilacurkan demi memanfaatkan erti kebebasan demokrasi bagi pihak kerajaan yang dengan angkuh dan rakusnya tanpa segan-silu secara terang-terangan memaksa rakyat menerima demokrasi ala Malaysia Hadhari.

Pihak keselamatan khususnya polis seolah tidak mampu menimbang secara waras bertindak melulu serta menganggap kepada parti yang menentang BN seperti kucing kurap dan tidak mempunyai nilai atau harga langsung seumpama musuh nombor satu negara.

Bermula dari hari penamaan calun lagi kekecohan seolah telah dirancangkan, polis seperti memberi isyarat kepada samseng Umno untuk melakukan provokasi dengan membiarkan kawalan keselamatan yang longgar ketika perarakan penamaan calun diadakan.

Nyaris sahaja calun KeADILan gagal memasuki bilik penamaan calun pada hari tersebut kerana cuba dihalang oleh samseng Umno namun disebabkan kekentalan semangat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berserta pimpinan lain dan penyokongnya, beliau berjaya melepasi ujian yang begitu mencabar itu.

KHAIRY SAMSENG

Pilihanraya ini juga menyaksikan adegan membaling botol dan kayu bendera diketuai ketua samseng Umno Khairy Jamaludin berterbangan di antara ke dua-dua belah pihak dan polis seolah hilang kawalan pada hari itu yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan berlakunya korban nyawa.

Ketika kempen pilihanraya dijalankan beberapa siri ceramah KeADILan telah diganggu oleh polis yang bersekongkol dengan BN kerana berasa tergugat dengan pelbagai isu diutarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis juga telah dibuat berikutan tindakan samseng Umno membelasah petugas PAS dari Hulu Langat yang turut sama membantu gerak-kerja BA di Ijok, menyebabkan dua dari mereka pengsan dan terlantar di hospital.

Sebelum itu dua orang wartawan bebas yang mengiringi Tan Sri Abdul Khalid telah diserang dengan menggunakan botol air menyebabkan cermin matanya pecah dan hampir buta serta mengakibatkan kecederaan teruk di matanya.

Pemandangan pada hari pengundian begitu memualkan apabila terlihat gelagat penyokong Umno berkelakuan biadap tidak bermaruah mengejek parti lawan sambil menunjukkan punggung mereka, tidak ketinggalan kelibat Khairy yang menyebabkan hampir semua tempat pengundian menjadi kecoh dengan aksi samsengnya.

Samseng Umno yang memakai baju hitam berlambangkan kala jengking dilihat mundar-mandir di tempat pembuangan undi dalam usaha menakut-nakutkan petugas KeADILan, mereka langsung tidak menghormati arahan polis kerana yakin polis pasti menyebelahi jika sekiranya berlaku sesuatu perkara ke atas mereka.

Di depan balai polis SImpang Ijok pula Khairy berlagak dengan angkuh dan sombong tidak memperdulikan arahan polis supaya beredar sedangkan orang lain dihalau secara kasar oleh pihak polis kerana beliau ingin polis membebaskan segera dua buah bas disyaki membawa pengundi hantu dari Perlis yang telah diserahkan petugas KeADILan kepada polis.

"Saya tidak akan berganjak dari sini sehingga dua buah bas yang ditahan ini dilepaskan," kata Khairy dengan angkuh tanpa memperdulikan arahan dari polis ketika ditanya oleh wartawan.

Suasana di situ seperti berada di medan perang dikelilingi FRU, PGA dan Polis yang membuatkan keadaan menjadi kelam-kabut seolah orang ramai mengadakan rusuhan sedangkan sebelum ketibaan pihak keselamatan suasana tenang dan terkawal tanpa sebarang provokasi.

Sementara dua buah helikopter milik PDRM dilihat berlegar di ruang udara Simpang Ijok bagi menambahkan lagi kekecohan dan keributan di tempat tersebut, ini merupakan perancangan polis untuk mewujudkan suasana tegang atau panik di kalangan orang ramai.


Dalam kekecohan tersebut ada maklumat mengatakan bahawa SPR ingin menambah masa pengundian sebanyak setengah jam lagi, ini terus dibantah oleh petugas parti KeADILan menyebabkan SPR terpaksa mengalah.

Lebih kurang pada pukul 8.00 malam dua buah bas yang disyaki itu telah dilepaskan manakala Ezam dan teman-temannya disoal-siasat serta bakal berdepan dengan tindakan undang-undang ke atas mereka.

Modus Operandi sebenar mereka ialah ingin memerangkap KeADILan supaya masuk ke dalam perancangan mereka bagi membuktikan kepada rakyat bahawa KeADILan adalah parti yang suka bertindak ganas dan merusuh.

Dan ini berkemungkinan besar didalangi oleh Khairy yang begitu bersungguh-sungguh membebaskan ke dua-dua buah bas tersebut sebab jikalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang dan masakan tempua bersarang rendah kalau tiada apa-apa kaitan antara mereka.

Tanpa mengendahkan jeritan orang ramai Khairy samseng, Khairy bodoh, dia dilihat membuat panggilan telefon bertalu-talu kepada seseorang dalam usahanya untuk membebaskan bas tersebut.

Gelombang atau aura Khairy di Ijok ini merupakan wajah sebenar beliau yang selama ini cuba diselindungkan bagi mengaburi mata rakyat Malaysia, baginya rakyat tiada nilai dan dengan mudah boleh dibeli atau diperbodohkan.

Kehadiran Khairy sebenarnya mengundang pelbagai masalah kepada negara yang sudah sedia bermasalah ini, beliau pernah memainkan sentimen perkauman untuk kelansungan politiknya dan jika tiada usaha bagi membendung gelombang ini dikhuatiri menjadi malapetaka terbesar di Malaysia abad ini.

Sabtu, 12 Mei 2007

MUFTI PERAK VS "JOM HEBOH"

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Bin Zakaria sekali lagi mengulangi fatwa yang dikeluarkan Majlis mufti – mufti Malaysia bahawa karnival dan konsert "jom heboh" adalah haram kerana melalaikan dan menggalakan maksiat.

Ketika ini (5&6 Mei) karnival yang nama dulunya "sureheboh" (dibaca sure haram) sedang berlangsung diperkarangan Stadium Indera Mulia –Ipoh dan khabarnya mendapat sambutan hebat dari penduduk tempatan. Dipentas utama (Jumaat) ada 'live' al-kuliyyah dan disitu juga akan ada konsert pada malam penutup.

Menurut laporan akhbar kelmarin, Mufti Perak mengatakan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai kelulusan penganjuran konsert haram itu kerana ianya diluluskan oleh mesyuarat exco negeri. Sebelum ini karnival "sureheboh" pernah gagal diadakan di Perak biarpun ditukar nama kepada "jom heboh".Kata beliau lagi, "saya telah menjalankan tanggungjawab saya dan telah menasihati kerajaan negeri".

"Inilah gambaran sebenarnya islam dan pandangan golongan ulama disisi pemerintah yang ditunjangi UMNO. Terbukti UMNO sekadar menjadikan jawatan mufti itu sekadar kosmetik agar islam hadhari yang dianuti mereka nampak menarik. Hakikatnya mereka langsung tidak menghormati golongan ulama ini dan sekaligus mempersendakan lantikan yang mendapat perkenan Duli sultan".Komen ketua pemuda PAS Melaka –Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedik.

Saya yakin tidak akan ada seorang pun pemimpin mahu pun ahli umno yang akan bangkit mempertahankan fatwa mufti ini. Seperti juga apabila Gerakan mengusulkan agar agar mufti Perak dipecat. Semuanya jadi penakut atau mungkin juga merestui usul Gerakan itu.Apalah yang boleh diharapkan dengan Datuk Zahid Hamidi. Bawa motor besar keliling Sumatera boleh le, itu bukan kerja menteri.

Begitulah wajah UMNO yang terlalu banyak korup dan kurap dalam mempersendakan ulama dan hukum. Apalagi yang hendak diharapkan dengan mereka.Kepada golongan agama yang berada dalan UMNO, insaf dan ambillah pengajaran. Kembalilah kepada islam yang sempurna dan selamat tinggal islam hadhari. "JOM KITA SOKONG PAS LA PULAK!!!!"

Rabu, 9 Mei 2007

10 DALIL PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR

Ramai pengkaji politik Malaysia meramalkan Pilihanraya Umum akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2007 ini. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan 'alamat-alamat kecil' yang dilihat semakin jelas sekarang.

Berikut disiarkan 10 Dalil Mengapa Pilihanraya Umum akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2007 ini.

1. Bursa Saham yang dilihat baik sehingga mencecah 1,300 mata sekarang ini dan kedudukannya adalah agak stabil kecuali sesuatu yang tidak dijangka berlaku ke di Bursa Shanghai dan New York. Kedudukan ekonomi yang baik sentiasa menjadi faktor sesebuah untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya di mana-mana negara sekalipun.

2. Sambutan 50 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos ini akan disambut secara besar-besaran untuk menaikkan semangat patriotik rakyat untuk kembali menyokong kerajaan kononnya atas dasar semangat kebangsaan dan patriotik tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

3. Belanjawan(Bajet) tahun ini yang akan dibentangkan pada September ini akan dijadikan 'senjata' untuk memancing rakyat dengan pelbagai umpan yang mampu menbagui mata rakyat sebagai suatu tarikan untuk mereka mengundi BN (Barisan Najis) sekali lagi.

4. Akhbar 'pembodek' dan 'penjilat' BN tidak habis memainkan peranan mengangkat martabat Barisan Najis (BN) dan spin doctor pula terus menyerang dan menfitnah pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk mencacatkan pembangkang di mata rakyat. Imam Al Badawi yang sebenarnya sangat lembap, serba tidak tahu, kuat tidur di'lambung-lambung' sebagai pemimpin agung penyelamat ummah walaupun negara kita penuh dengan rasuah, penyelewengan dan seribu satu macam masalah. Media elektronik seperti kumpulan Media Prima dan RTM juga terus mengadakan kempen terbuka memuji kerajaan dan mengutuk pembangkang pada setiap rancangn terutama Berita.

5. Kemenangan 'cabul' Barisan Najis (BN) di Ijok dan Machap dijadikan sandaran bahawa rakyat masih setia menyokong mereka walaupun sebenarnya hati mereka sendiri kurang yakin dengan kemampuan mereka kerana kemenangan itu penuh dengan misteri dan tanda tanya.

6. Barisan Najis terpaksa mengadakan Pilihanraya awa, kerana pada 1 Januari nanti Tol akan dinaikkan dan kali ini ianya melibatkan tol Lebuh Raya Utara-Selatan sudah tentu ianya akan menjejaskan sedikit sokongan kepada mereka andai Pilihanraya Umum diadakan selepas kenaikan tol..

7. Imam Al Badawi mesti mengadakan Pilihanraya sebelum Mac 2008 kerana selepas itu Anwar Ibrahim telah bebas untuk bertanding pilihanraya. Jadi mahu tidak mahu Imam Al Badawi terpaksa mengadakannya lebih awal kerana sekarang pun ekonomi makin baik dan sokongan rakyat masih baik kepada mereka kononnya.

8. Kenyataan-kenyataan media pemimpin-pemimpin Barisan Najis yang setiap hari mengharapkan jentera BN bekerja dengan kuat dari sekarang bagi menarik sokongan rakyat.

9. Pengelibatan Polis menghalang ceramah-ceramah pembangkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang semalam menunjukkan bahawa BN semakin terdesak bagi memastikan sokongan rakyat tidak berpihak kepada pembangkang.

10. Sekolah-sekolaj juga diberitakan telah dimaklumkan untuk bersedia menjadi Pusat Pengundian manakala pegawai-pegawai kerajaan tertentu telah dilatih untuk menjadi pegawai-pegawai sementara SPR untuk proses pilihanraya.

BERSEDIALAH WAHAI SAHABAT SEMUA UNTUK MENENTANG TENTANG AHZAB BARISAN NAJIS (BN) INI.

SUMBER DARI : PEMUDA BUKIT KATIL

Selasa, 8 Mei 2007

MELAKA KERAJAAN ISLAM NUSANTARA

OLEH : TG KUDIN

JASIN, 27 April - Kesultanan Islam Melayu Melaka pada masa kegemilangannya dulu pernah menegakkan syariat Islam dalam sistem pemerintahan dan menjadi pusat penyebaran Islam di nusantara.

Melaka menjadi sebuah empayar yang besar meliputi hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Kampar, Siak, Inderagiri dan Rokan di Sumatera serta kekayaan yang melimpah-ruah hasil daripada kepesatan perdagangan yang dijalankan di Melaka.

Menurut Presiden Pas, Dato' seri Abdul Hadi Awang, peranan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam ini telah menyebabkan pihak barat yang diketuai Portugis menyerang dan menakluk Melaka pada 1511.

Tambah beliau lagi, tujuan utama mereka ialah untuk menghalang perkembangan Islam dan ingin menyebarkan agama Kristian di nusantara ini.

"Tahun 1511 inilah bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajah bukannya pada tahun 1946 seperti yang dicanangkan oleh Umno bahawa merekalah yang mula-mula berjuang menentang penjajah dan pemesongan fakta inilah yang cuba ditanamkan ke dalam pemikiran generasi baru," tegas beliau.

"Selepas kejatuhan Melaka itu para pejuang umat Islam dari Acheh, Jawa, Bugis, Minang, Banjar dan dari seluruh nusantara telah datang beramai-ramai bagi merampas kembali dari penjajah.

"Bukannya mereka datang berhijrah ke sini untuk tanam pokok kelapa, ini fakta sebenarnya iaitu mereka berjuang bermati-matian dan ramai yang syahid dalam usaha mempertahankan pemerintahan Kerajaan Melayu Islam," tegasnya.

Beliau menambah, apabila penjajah merasakan hari-hari terakhir bagi mereka hampir tiba lalu diatur dan dirancangkan suatu kemerdekaan yang pemerintahannya mesti dipimpin oleh rakyat tempatan mempunyai fikrah atau ideologi seperti penjajah.

Mengulas mengenainya, beliau berkata ini bagi meneruskan dasar-dasar penjajah serta kepentingan mereka dari digangu-gugat dan jangan sekali memberikan kuasa pemerintahan ini kepada kumpulan Islam.

Sambungnya lagi, ulama mesti dihalang dari berpolitik, Islam tidak berdaulat, tidak memerintah dan Islam Hadhari penipu kerana menghayalkan orang Islam lantas meninggalkan aqidah serta akhlak hanya untuk mendapatkan tamadun.

Seterusnya ujar Dato' Seri, Umno adalah ancaman kepada negara yang paling bahaya dan mereka dilindungi oleh kuasa barat yang menentang Islam, oleh itu marilah kita lakukan perubahan dalam negara bagi kesejahteraan hidup bersama.

Ahad, 6 Mei 2007

BN GUNA PENDEKATAN ALA AMERIKA.

OLEH : BUDI



Keputusan pilihanraya kecil N-11 Ijok sudah pun diketahui umum. Yang kalah masih mencari punca dan alasan. Yang menang pula seperti biasa mendakwa rakyat memilih mereka kerana mahukan projek turap jalan, lampu jalan dan longkang diteruskan di kawasan mereka.

Saya berkesempatan meninjau dan membantu kerja-kerja pilihanraya untuk calon PKR. Seperti biasa dan dimana mana pilihanraya kecil sekali pun, BN akan membaiki jalan yang tidak rosak. Itu kepakaran mereka. Begitu juga di Ijok, sampai kemalam pun kerja-kerja turap jalan masih diteruskan.


Sebenarnya itulah nikmat pilihanraya kecil. Mana nak dapat, sesuatu projek yang dilulus dan disiapkan dalam masa sepuluh hari. Saya tidak mahu mempersoalkan berapa juta bajet yang dikeluarkan, mengunakan jentera kerajaan atau ugutan kepada pelajar IPTA kerana memang sikap semulajadi rejim BN.Bukan satu Malaya, satu dunia pun tahu.

Sepanjang dua hari disana saya dapati pendekatan kempen BN kali ini lebih menjurus kepada provokasi keganasan. Pemuda BN turun padang pun dengan moto "sedia gempur". Apa dan siapa yang hendak digempur? TV dan media arus perdana pun memberi gambaran yang penyokong PKR adalah ganas. Hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. Ada kawasan petugas PKR tidak dibenarkan berkempen. Ceramah kempen oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka-ustaz Abd Ghani pun diganggu FRU. Helikopter PDRM berlegar-legar dikawasan ceramah BA, macam ada rusuhan pula.Apa nak jadi ni?

Pada hemat saya semuanya ini memang telah dirancang rejim BN dengan kerjasama erat pihak keselamatan dan mungkin Pakeda. Begitu juga kisah penahanan dua buah bas yang dikatakan membawa pengundi hantu. Sebenarnya adalah perangkap yang telah dipasang oleh rejim BN dan PKR menjadi mangsanya. Inilah taktik baru BN untuk melabelkan pembangkang sebagai ganas, padahal merekalah kepala pengganas. Seperti juga Amerika menghalalkan tindakannya konon orang lain ganas. Mungkinkah BN telah mendapat nasihat dari CIA? Dan yang pasti,isu ini akan menjadi senjata utama rejim BN bagi menghadapi pilihanraya umun akan datang.

Itulah rejim BN yang semakin terdesak sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi kudis dan kurap mereka. Kepada pengundi dan penyokong yang memberi kemenangan kepada BN dan melayu yang tak sedar diri,(khususnya yang tonggeng b*****) saya doakan semuga kalian terus bersama YB baru itu didunia dan juga akhirat. Begitulah nasib melayu UMNO hilang akal , iman pun entah kemana.

Khamis, 3 Mei 2007

KISAH SEBATANG BAMBU

Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."


"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

Selasa, 1 Mei 2007

BUMI AL-AQSA TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM

Tindakan ganas serta kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap rakyat Palestin sudah makan puluhan tahun masanya. Kini, rejim tersebut melebarkan senjata kemusnahan mereka dan membunuh puluhan ribu rakyat Lebanon yang hanya sedang menikmati kehidupan mereka yang tenang.

Di media massa elektronik dan akhbar, banyak menyiarkan gambar-gambar orang awam yang terbunuh. Kehidupan rakyat di negara tersebut, dihurungi dengan berita-berita kematian dan pembunuhan.

Tidak sebakkah dada seorang ibu dan ayah di negara ini, apabila melihatkan gambar-gambar kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa, berkecai dan bertaburan akibat bedilan peluru berpandu dairpada golongan yang hanya bersikap pentingkan diri sendiri?

Setiap dari umat Islam, khususnya kaum Melayu di negara ini perlu lebih bersikap prihatin terhadap isu-isu ini. Orang Melayu terutamanya, tidak boleh terus dilalaikaan dengan bunyian dan pesta-pestaan, menyebabkan mereka lupa, Islam agama yang mementingkan persaudaraan.

Persaudaraan di dalam Islam tidak terbatas di negara ini, tetapi ia meliputi di mana sahaja di pelusuk dunia, itulah kefahaman yang ditekan, Islam itu adalah bersaudara.


Hari ini, saudara-saudara kita di Paletin dan Lebanon, sedang dibedil oleh roket dan pelancaran peluru berpandu Israel. Lebih menyedihkan, ia tidak mengenal mangsa. Dan kebanyakan yang terkorban adalah terdiri dari orang-orang awam. Malah kanak-kanak dan bayi juga tidak terkecuali menjadi mangsa.

Umat Islam di negara ini perlu bersuara. Di dengari atau tidak, itu masalah kedua. Jelas, kita tidak mampu untuk membantu umat Islam dan rakyat Palestin dalam bentuk kententeraan dan sebagainya, namun kita masih boleh menyuarakan bantahan kita secara jelas terhadap sikap yang tidak bertanggungjawab yang diperlihatkan oleh rejim Tel Aviv itu.

Perpaduan merupakan langkah pertama untuk menjana kekuatan. Tanpa perpaduan yang kukuh, umat Islam tidak akan kuat untuk selamanya. Saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein On, agar pemimpin muda bersatu dalam menyuarakan bantahan terhadap tindakan Palestin pada hari ini, tepat pada masanya.

Mungkin sudah tiba masanya, NGO-NGO dan parti politik Melayu Islam di negara ini bergabung suara demi membela nasib warga Palestin. Tidakkah cukup dengan apa yang kita lihat di media-media massa dan elektoronik mengenai kezaliman dan pembunuhan yang melibatkan ratusan nyawa umat Islam dan rakyat di Palestin. Apakah umat Islam rela ini dipanjangkan pula terhadap umat Islam dan rakyat di Lebanon?

Perpaduan bersatu menentang kezaliman, dan mahukan perdamaian adalah terletak di beban pemuda Malaysia, khususnya pemuda Melayu di abad moden ini. Dua parti pemuda Melayu Islam terbesar di negara ini, UMNO dan Pas perlu bersatu hati dan bersependapat dalam hal ini. Islam tidak pernah mengalakkan kezaliman dan Islam adalah agama yang menyeru kepada keamanan.

Jika sebelum ini, UMNO dibawah Tun Dr. Mahathir dan Pas di bawah Allahyarham Fadzil Noor duduk bersebelahan menyatakan pembelaan terhadap rakyat Palestin, kenapa tidak diulangi kembali peristiwa bersejarah sebagai tanda suara rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu Islam menyatakan pembelaan terhadap warga Palestin.

Perkara ini pernah berlaku, dan ia boleh berlaku sekali lagi. Apa kata ia dimulakan oleh gerakan-gerakan pemuda Melayu Islam terutama Pergerakan Parti Pemuda UMNO dan Pemuda PAS. Pemuda di negara ini, khususnya pemuda Melayu, harus memberikan contoh bahawa generasi pemuda Malaysia hari ini adalah generasi yang mahukan keamanan dan kestabilan.

Mungkin suara bantahan kita tidak sampai ke telinga mereka, namun itu bukan persoalannya. Apa yang penting, tanggungjawab sebagai umat Islam terhadap saudaranya, telah kita lakukan setakat termampu.

Apa salahnya jika setiap kali solat Jumaat, masjid-masjid diminta untuk mendoakan keselamatan umat Islam di terutama terhadap umat Islam di manan negara mereka dilanda krisis peperangan akibat kerakusan golongan tertentu. Itu juga termasuk sebagai sokongan dan bantuan terhadap warga Palestin. Umat Islam dinegara ini perlu secara tegas meperjelaskan sikap dan pendirian dalam isu Palestin sebagai satu tradisi penyambung pemimpin terdahulu.